Ahad, 21 Julai 2013

Bulan Ramadhan yang sihat.

Kalau kita perhatikan sememangnya tiap-tiap hari ramai orang yang jatuh sakit. Tapi amat ketara terutamanya pada bulan puasa dan hari raya, ramai orang stroke dan sebagainya,kenapa??. Tentunya berpunca dari permakanan. Pada bulan inilah ramai yang akan makan apa saja kerana melayan nafsu terutamanya ketika perut kosong. Macam-macam nak dicubanya.

Jadikan Ramadhan ini bulan untuk kita beramal dan pastikan kita mengawal makanan yang akan kita ambil bila berbuka nanti. Kalau kita berjaya mengawal pemakanan kita dalam bulan puasa ini, inshaAllah anda akan berjaya turunkan berat bandan anda sekurang-kurangnya 5 kilo.

Bolehkah anda mengawal selera anda dikala bazar Ramadhan menyediakan berbagai-bagai juadah berbuka yang power-power. Tepuk dada tanya iman.

Sabtu, 27 April 2013

7 Cara Meningkatkan Metabolisme Badan



1. Kena Kerap Makan

- minimum kena makan 4 kali sehari. Kalo boleh 5 -6 kali pun okeh. Makan pagi, makan pukul 10, makan lunch kul 2, minum petang, makan malam (dinner) dan makan seblum tido (supper). Itu dah total 6x. Kalo kita xmakan @ skip makan @ lambat makan, kadar metabolisma akan turun. Tiap kali kita makan, ia meningkatkan (speed up) kadar metabolisma badan. Sebaliknya kalau tak nak makan, metabolisma pun akan rendah. Jadi teori berdiet iaitu dengan tidak makan @ skip makan adalah sangat2 salah!


2. Makan dalam Jumlah Kecil

- makan dalam jumlah yg kecil tetapi kerap boleh stabilkan kandungan gula/glukos dalam darah, naikkan metabolisma & kekalkan tenaga! Kena makan breakfast saiz paling besar (tapi jangan over berat/banyak sangat) dan last sekali makan 4 jam sebelum tidur (saiz paling kecik!)

3. Pilih Makanan Berkhasiat

- pilih yg berkarbohidrat tetapi tinggi fiber/serat supaya badan tetap bertenaga. Jugak kena makan saplemen berkhasiat & menyihatkan macam vitamin2, mineral dan lain2 nutrisi yg badan perlukan sehari2. Kajian juga menunjukkan kita kena makan protin yang berkualiti untuk membina otot2 bagi membakar lemak! Jadi banyakkan juga mengambil makanan tinggi protin & rendah lemak.

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan
Diet sihat
Oleh:Editorial Rapi
Di petik dari Majalah Rapi

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

Jumaat, 12 April 2013

Barli... dan khasiatnya untuk diet..

Kebaikan air barli:

Menyejukkan badan
Melawaskan kencing
Meningkatkan kesihatan buah pinggang
Merendahkan kolesterol
Meredakan sembelit
Mencegah penyakit kanser
Mengurangkan risiko kencing manis
Jom kita lihat apa yang ada dalam air barli:

Fiber
Vitamin dan mineral penting (Vitamin B3)
Thiamin (Vitamin B1)
Selenium
Iron
Magnesium
Zinc
Phosporus
Copper dan Niacin
Tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin-bijirin lain

Sebab ia banyak kebaikannya serta tidak mudarat pada kesihatan..amalkan minum air barli tanpa gula diwaktu santai2 di rumah. Kalau nak perasa sikit..tambahkan dengan holick ker.. koko ke..susu tepung ker..
Kenyang pun kenyang...

Senarai kalori makanan.

Dulu kita tak beberapa hapikkan sangat pasal kalori nie. Kalau dah terlibat dalam pendietan diri ini..pasal kalori makanan ini paling penting untuk kita tahu..
Ini adalah serba sedikit info pasai kalori makanan yang selalu kita makan.
cam best jerr


Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Jangan tak sarapan.

Sarapan amat-amat penting wooo kalau nak kurus. Tanpa sarapan..matabolisma untuk badan membakar lemak akan kurang terjadi. So..jika anda inginkan slim river dengan cepat..pastikan sarapan jangan anda lupa. Bersarapan lah sebelum pukul 9.00am sekurang-kurangnya.


Memula saya nak amalkan diet ini..sememangnya saya skip sarapan..kononnya nak cepat kurus.. rupa-rupanya ini adalah cara yang salah der.. Tapi sarapan carilah yang kaya dengan serat macam oat, roti gandum penuh dan sebagainya sebab dia akan membuatkan kita kenyang lama sampai tengahari.

Elakkan roti canai

Jika selalu saya bersarapan dengan roti canai 2 keping.. Sekarang roti canai ni telah dinyahkan dari senarai sarapan saya. Kini saya gantikan dengan capati atau pharata saja. Sebab apa?? Sebab roti canai mengandungi banyak minyak..Minyak salah satu lemak tepu yang bahaya pada kita wooo.

Tapi pelbagaikan sarapan anda. Jangan manjang makan nie je setiap pagi..
Capati untuk sarapan


Kalau makan di kedai mamak.. cuba amalkan makan capati  tapi sekeping je ler..kalau makan sampai 5 keping.. lain pulak jadinya..Makan bersama air holic o. Itu pun kalau anda nak kurus ..kalau tak nak..order balik teh tarik..kui kui kui.

Cuka Kurma

Pernah tak dengar pasal cuka kurma??
Banyak khasiatnya pasal cuka ini..Ia bukan cuka masak tu..tapi ianya dibuat dari kurma dan pelbagai lagi buah seperti appel, delima dan lain-lain yang rata-rata mempunyai khasiat tersendiri. Ini pun asalnya saya search di google.. ramai jugak yang telah beramal dengannya.
Ianya depanggil dengan Khal.
APA ITU KHAL?
Biasa diminum seawal pagi sebelum sarapan.


KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

 Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

 Saya amalkan setiap hari selepas bangun tidur. Minum bersama dengan madu. Saya percaya dengan khal sebab ianya adalah salah satu minuman sunnah dan pasti banyak khasiatnya pada kita.
Ini juga salah satu tip yang saya amalkan untuk penurunan berat badan saya sejak dari bulan julai 2012 lagi sehingga sekarang.

Khamis, 11 April 2013

Berbasikal pagi2 sebelum pi kerja.

Bukan aku...Nie copy dari internet
 Saya mulakan pagi saya dengan berbasikal keliling taman rumah saya selepas hantar anak pi sekolah dalam kul 7.30am. Satu pusingan taman telah saya kira gunakan kereta saya kira2 2km. Jadi saya buat 5 pusingan setiap hari iaitu dalam 10km saya berbasikal setiap hari. Selalunya mengambil masa sekitar 1/2jan ke 40 minit sahaja.

Bagi yang bekerja pada sebelah pagi..mungkin boleh buat pada sebelah petang.. Kalau tak jugak boleh..belilah basikal yang tak begerak tu.. Dengan berbasikal kita dapat tingkatkan matabolisma pembakaran kita dan tingkatkan kalori keluar.

 Sememangnya inilah amalan saya bersama isteri saya..kadang2 saya sorang2 jer.. Dia sibuk selalu har har har..

Basikal beli yg biasa2 je.. kira RM200 sebijik.. Memang ada yang beribu hinggit..tapi ikut kemampuan ler.. ye.

GYM...

GYM?? Memula nak jejak kaki ke gym..banyak malu oiii .. Pak Cik nie dah le besau.. macam tak sesuai je nak pi gym.(aku le tu) .har har har.

Apa yang ada dalam gym?? Memula tentu mesin belari dia yang beribu2 hinggat kalau nak beli tu le... dan satu lagi basikal yg kayuh tapi tak jalan...har har har.
GYM di tempat saya RM5.00 sekali masuk..


Memula saya jejakkan kaki di gym.. buat muka tebal jer.. Nak start mesin berlari tu pun tak tahu woiii.. Bila dah tahu sikit.. mula buat target. Kalau kita ke gym..jangan main hentam semua barang dalam tu der.. Usik nie sikit..usik ni sikit..lepas tu tayang body depan cermin.. Rambo le konon har har har. Ramai aku tengok budak2 muda bukan main bergaya dia depan cermin.. padahal dia bukan tayang body dia..aku tengok tulang je yang lebih har har har..(Nie kes budak keding nak jadi besau.. saya besau nak kecik)

Ada juga serang dua yang aku tengok dia berjaya wat body dia macam Rambo Junior..Saya tetap dengan tujuan asal.. Nak tingkatkan pembakaran kalori saya pada hari itu.

Target yang saya wajib buat kat GYM ialah..
  • Berlari gunakan treadmill (Mesin berlari setempat) sejauh 2km. Setkan 2km.. tak kira le lari laju ker slow ker..janji 2km.
    treadmill 
  • Buat kayuh basikal setempat tu pulak 20 minit.
  • Pakai kayu mob tu 100 kali  Hayun kiri kanan.
  • Lepas tu baru aku usik sana sini sikit untuk otot tangan dan kaki.
Selalunya saya berada di GYM selama 1 jam aje sehari. Memula saya berjinak dengan GYM, boleh dikatakan setiap hari.. Tetapi bila dah tercapai target nie.. dah mula jarakkan 3 kali seminggu.

Lebihkan sayur dalam lauk.

Sayur....??? Ramai yang kurang suka makan sayur. Sayur nie serat dan ianya jika kita letakkan bersama-sama nasi dan lauk.. nampak macam banyak je kita makan. Pilihlah sayur yang anda suka.. macam saya..brokoli dan ulam raja menjadi pilihan. Sayur nie juga membuatkan anda kenyang lama. Sapa kata makan sayur tak ade tenaga.. lembu tu makan rumput.. ok je.. sihat dia kan??.

Dulu kalau makan tengahari atau malam.. jarang nak disertakan dengan sayur. Memang ada sayur yang saya suka tapi tidak di wajibkan. Sekarang nie..wajibkan makan sayur.. kalau boleh dialah yang paling banyak di dalam pinggan anda..

sayur banyak khasiatnya untuk kesihatan kita broo
Kalau kita tonton filem barat.. terutama filem mengenai keluarga..meraka utamakan sayur untuk anak2 mereka makan. Walaupun di barat masaalah obes nie lagi teruk tapi sekurang2nya ada penerapan sebegini dalam filem2 dia orang.

Saya pun sebelum ini tidak begitu mengfokuskan sangat pasai sayur2 nie. Tetapi sekarang.. telah menjadi subjek utama dalam makanan saya ialah sayur..

Letaklah sayur banyak mana pun..Tapi bukan sayur je.. Makan le bersama ikan ker..ayam ker.. dan nasi jangan lebih dari semangkuk (Mangkuk kecik tu je..bukan yang besar).

Sayur akan membuatkan anda kenyang lebih lama dan nutrin yang ada dalam sayur amat penting untuk kesihatan kita.. chewahhhhh... (Ayat sendiri nie bro..bukan copy and paste)..har har har..

Elakan gula ketika makan.

Gula...boleh gemuk?? Saya pun macam tak percaya je. Yang terlintas kat kepala hotak saya ialah..ayam boleh mengemukkan. Makan daging lembu, burger dan makan nasi yang mengunung tinggi adalah punca kita jadi gemuk.. Rupa2nya gula paling power untuk jadikan anda gemuk secara senyap.
Gula pasir....punca kegemukan
Sekarang nie semuanya pantas dan mudah. Ada 3-1 milo dan macam2 lagi yang gila tingga gulanya. Kadang2.. ehh bukan kadang2.. sememangnya jika makan tengahari atau malam.. kita makan nasi berserta tea ais, teh o air, Air limau dan lain2 yang gula kompem ada. Sedangkan nasi juga adalah kobohidrat.. dan gula pun kabohidrat yang ringkas pulak tu.. minum je terus jadi  glukosa dalam darah.. dan bila ia meningkat tinggi.. hormon insulin akan menukarkan ia ke dalam sel untuk tenaga atau d isimpan di hati untuk next tenaga. Sedangkan kita juga makan nasi dan ia juga akan bertukar menjadi glukosa selepas itu untuk tenaga .. dan yang pasti glukosa air gula tadi akan tetap di simpan di dalam hati sebab bekalan tenaga dari nasi telah ada untuk digunakan..
Teh tarik power...
Belum pun sempat nak digunakan tenaga yg di simpan di dalam hati tadi ..kita dah makan petang la pulak . Siap teh tarik manis bersama karipap 4 biji.. pehh.. Last2 amat pasti glukosa yang di simpan di dalam hati tadi badan akan convert menjadi lemak iaitu bekalan tenaga extra untuk digunakan jika semua bekalan tenaga yg lain tiada. Sehari berganti hari..berganti bulan... last2 ambik kou... 120kg dah..

Jadi..jika anda ingin mengurangkan berat badan.. paling utama ..elakkan gula. Waktu santai2. minumlah teh hijau atau air suam jer.. Memang bosan.. Targer broo Kita ada misi.. Makan juga berpada2 la juga.

Saya telah stop menggunakan gula sejak dari bulan Julai 2012 lagi. Hanya minum teh bersama susu tepung aje walaupun susu tepung pun ada gula..tapi ianya tak setinggi teh tarik kan. Dan waktu makan tengahari.. hanya dengan air suam atau teh hijau.
Gula yang ada dalam makanan seperti sambal tidak ketara la sangat..Air berkabonat dan 3-1 memang patut di elakkan.
Try amalkan cara ini untuk anda memulakan diet cara saya... saya sudah dapat turunkan berat saya hampir 50kg... tapi bukan cara ini aje..ada lagi.. anti saya akan catatkan pada catatan saya selepas ini... Ariossss...

Madir Aiti Komputer


Tranfomasi XXXL to M

Di Blog saya ini saya tunjukkan diri saya lapan tahun nan lalu.. sehingga pertengahan 2012. Anda percaya ker tidak.. Inilah saya yang saya kenali dulu.. pehh . Hidup saya always besau selama hampir 12 tahun..dan menjadi ketara sangat semenjak 2012 mungkin kerana faktor umur yang telah mencecah 4 series.

Saya pun tak percaya saya berjaya turunkan berat saya dari 120kg ke 70kg dalam masa 8 bulan tanpa mengambil apa-apa produk pengurusan badan. Apa yang paling penting displin dan faham apa yang hendak kita lakukan. Paling utama ubah cara hidup kepada cara yang lebih sihat.
2013 kembali mendekati BMI normal kembali setelah Obes selama 12 tahun. Di Blog ini akan saya catatkan amalan saya untuk anda mencuba. Jika saya boleh..anda pun boleh. Jangan bazirkan duit anda dengan produk2 yang beratus2 RM untuk anda kembali slim. Semuanya adalah percuma.. yang penting usaha dan displin.

Madir Aiti Komputer.

Rabu, 10 April 2013

Apa itu B.M.I??

APA ITU BMI?
Dari Wikipedia, BMI merujuk kepada Body Mass Index atau Bahasa disebut, Jisim Indeks Tubuh (JIT).

KEPENTINGAN BMI/JIT?
BMI sebenarnya adalah suatu langkah yang digunakan untuk menilai tahap kegemukan seseorang dengan mengukur ketinggian dan berat individu tersebut. Melalui BMI, seseorang individu dapat menentukan dirinya mengalami masalah kegemukan ataupun tidak.

BAGAIMANA MENGIRA BMI?
Secara amnya, untuk mengira BMI adalah sangat mudah seperti formula di bawah :
BMI = berat(kg) / [tinggi(m) x tinggi(m)]
Manakala status BMI boleh dikategorikan seperti di bawah :


Kira bila kita dah lebih 26.4 tu..kira hati-hatiler.. kena kontrol balik permakanan dan kerapkan senaman seperti barbasikal ker..dan lain-lain.

Sekarang BMI aku ialah 26.8.. masih menurun setiap bulan...dari asal 44... Obesiti tu. Dulu memang aku tak hiraukan pasai mende nie..BMI??? BMW je yang aku tahu. Sejak dua menjak nie..aku mula perihatin pasai nie. Penting rupanya..

Kalori dan Berat

Aku menggoogle pasai kalori dan hubung kaitnya dengan berat badan.. Mengikut pendapat mereka kalori ini lah tenaga yang kita perlukan untuk kita bergerak dan membuat aktiviti..dan tanpa kalori ini kita akan lesu dan tak bertenaga.. pehhh Macam pakar la pulak.. Kenapa kita jadi gemuk???

Kerana kita mengambil kalori yang tinggi dan tidak pulak kita gunakan.. Betul tak?? Betul la kot. Mungkin itu la jawapnya kenapa aku masa zaman rockers dulu2 tak gemuk pun sebab aku punya aktiviti jemming je dah beratus kalori keluar.. dan makan kalau aku pikirkan balik, zaman tu makan tak termasuk dalam aktiviti aku. Aku makan bila lapau jer.. Selain tu.. banyak berjemming, meronda sama geng2 aku dan lain2. Memang ler. Pasai makan nie rase2nya tak den dalam jadual kehidupan aku masa itu.

 Bila dah kawin... laie le sikit.. kena pulak bila dah ada anak. Dia makan aku yg lebih makan. KFC paling wajib aku & family kunjungi. Bayangkan le..air berkabonat dia tu dgn kentang dia tu .. berapa ratus ler kalori yg masuk. Nak berjogging sememang le tak de. Dulu rock..skg rock jugak.. tapi dulu siap pi studio ..main sendiri..skg layan kat komputer jer sambil melayan kenangan2 lampau..hadus... Besau semakin besau..

Sekarang aku dah mula kawal kalori yg masuk ke perut aku dan aktiviti dah mula aku amalkan antaranya berbasikal round taman rumah aku.. Seround 2km. Aku pusing 3 ke 5 round sehari. Sekitar 6-10kg. Dan makan malam mula aku lightkan dari sebelum ini nasi Branie..ke roti gandum penuh 2-3 keping jer + oat 4 sudu + susu+teh. Kadang2 je makan nasi itupun sekali dalam 2 minggu kot.

Sila baca pasai kalori di sini..
‘Basal Metabolic Rate’ (BMR) dan Online Kalkulator

Bila kita tahu pasai kalori ini, kita mudah untuk kawal permakanan kita dan target untuk anda slim akan tercapai. Tak payah anda leburkan beratus2 duit anda untuk product itu ini untuk kurus. Semuanya ada cuma anda perlu berusaha sedikit dan paling penting "DISPLIN" untuk kontrol makan anda. Bulan anda perlu berlapar.. Ada caranya .. Nanti saya akan bincangkan di catatan yang lain guna cara saya ..itu pun lau anda mahu cuba ler...

Wokeyy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kira Kalori

Your
Weight
Miles
run
Calories
burned
My Comment

Calorie Counter provided FREE by Hypergurl