Disini saya ingin menceritakan serba sedikit perihal diri saya. Seya sememangnya dahulu seorang yang boleh dikatakan kurus and macho.(Kui kui kui). Dan untuk pengetahuan anda..saya pernah gemuk 2 kali sebelim saya gemuk kali ketiga sekitar 12 tahun lamanya. Usia saya kini telah 4 series.. Sememangnya di usia ini matabolisma saya agak kurang untuk dibandingkan dengan anda yang mungkin lagi muda belia trangtangtang. Sememangnya jika anda masih muda.. sememangnya mudah untuk anda jadi kurus semula kerana matabolisma anda amat tinggi.
Aku semasa aku kerja.. umur 33 tahun |
Saya pernah gemuk sebelum ini.. iaitu semasa darja enam sekolah rendah.. dan semasa Form 2 .. Tapi cuma sekejap. Masa itu bila orang sudah panggil saya dengan panggilan "BoB" ..saya terus kawal makan saya.. dan semasa saya di sekolah menengah.. sewaktu itu saya bersekolah petang.. saya makan tengahari 2 kali.. sebab sebelum pergi sekolah, saya makan makanan yg emak saya masak.. lepas balik sekolah makan lagi.. kat sekolah makan lagi dan saya kurang aktiviti di sekolah. Semasa itu filem Rocky tengah top dan terlalu kagum dengan body Rocky.
Rocky 3.. pehh bodynya tuu |
Selepas saya mendirikan rumahtangga dan bekerja sebagai juruteknik..Rock telah saya tinggalkan dan aktiviti hanya tertumpu pada kerja, keluarga dan makan..dan makan..dan makan... . Badan saya semakain hari semakin membesar dan akhirnya dari 65kg terus stop pada sekitar 110-120kg. Yg peliknya stop kat situ je. Tak mau pulak dia naik lagi sampai 200 ker...
Ada juga kawan-kawan yang menggunakan Herbalife dan sewaktu dengannya. Saya tak begitu berminat pakai menda2 ini. Pernah juga try berdiet..kejap jer... Tak nak makan makam... mmm seminggu dua je.. tahan. Sampai saya fikir, saya tak mungkin kurus semula sebab dah tua. haiiiii...
Zaman masa rockers dulu2. |
Sejak dah masuk 4 series nie.. dan bermacam2 dengar pasai penyakit yang mungkin bakal tiba..tiba2 jadi semangat untuk slim semula. Dan menggunakan google saya mencari keadah yang sesuai.. dan akhirnya dari 120kg..kini berat saya ketika saya menaip aktikel ini ialah 73kg.. dan target saya 65kg insyaallah.
Bagaimana saya lakukan... Sebab ramai yang bertanyakan tip dan petua.. dan letihla pulak saya nak explainkan..so saya create blog ini khas yang ingin mencuba cara saya lakukan.. Semenagnya anda akan dapat turunkan kg anda 2 kg 3 kg sebulan.
Dengan kemudahan komputer dan internet.. saya mula mencari2 cara diet yang sesuai dan bermacam jenis diet telah saya temui di internet dari Atkins diet dan diet Protin, Diet Oat jer dan macam2 lagi. Pehhh Fening tul. Heran pulak aku Aizat pun boleh kurus der..Mungkin dia muda lagi.. Last2 aku temui cara yang amat sesuai dengan diri aku dan usia aku nie..
Inilah aku 2013...umur 42 tahun |
Nanti saya cuba catatkan satu persata di blog nie untuk anda mencuba. Jika saya boleh.. anda laie boleh..
Paling penting..tanpa duit.. ianya FREE...
Madir Aiti Komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan