Aku menggoogle pasai kalori dan hubung kaitnya dengan berat badan.. Mengikut pendapat mereka kalori ini lah tenaga yang kita perlukan untuk kita bergerak dan membuat aktiviti..dan tanpa kalori ini kita akan lesu dan tak bertenaga.. pehhh Macam pakar la pulak.. Kenapa kita jadi gemuk???
Kerana kita mengambil kalori yang tinggi dan tidak pulak kita gunakan.. Betul tak?? Betul la kot. Mungkin itu la jawapnya kenapa aku masa zaman rockers dulu2 tak gemuk pun sebab aku punya aktiviti jemming je dah beratus kalori keluar.. dan makan kalau aku pikirkan balik, zaman tu makan tak termasuk dalam aktiviti aku. Aku makan bila lapau jer.. Selain tu.. banyak berjemming, meronda sama geng2 aku dan lain2. Memang ler. Pasai makan nie rase2nya tak den dalam jadual kehidupan aku masa itu.
Bila dah kawin... laie le sikit.. kena pulak bila dah ada anak. Dia makan aku yg lebih makan. KFC paling wajib aku & family kunjungi. Bayangkan le..air berkabonat dia tu dgn kentang dia tu .. berapa ratus ler kalori yg masuk. Nak berjogging sememang le tak de. Dulu rock..skg rock jugak.. tapi dulu siap pi studio ..main sendiri..skg layan kat komputer jer sambil melayan kenangan2 lampau..hadus... Besau semakin besau..
Sekarang aku dah mula kawal kalori yg masuk ke perut aku dan aktiviti dah mula aku amalkan antaranya berbasikal round taman rumah aku.. Seround 2km. Aku pusing 3 ke 5 round sehari. Sekitar 6-10kg. Dan makan malam mula aku lightkan dari sebelum ini nasi Branie..ke roti gandum penuh 2-3 keping jer + oat 4 sudu + susu+teh. Kadang2 je makan nasi itupun sekali dalam 2 minggu kot.
Sila baca pasai kalori di sini..
‘Basal Metabolic Rate’ (BMR) dan Online Kalkulator
Bila kita tahu pasai kalori ini, kita mudah untuk kawal permakanan kita dan target untuk anda slim akan tercapai. Tak payah anda leburkan beratus2 duit anda untuk product itu ini untuk kurus. Semuanya ada cuma anda perlu berusaha sedikit dan paling penting "DISPLIN" untuk kontrol makan anda. Bulan anda perlu berlapar.. Ada caranya .. Nanti saya akan bincangkan di catatan yang lain guna cara saya ..itu pun lau anda mahu cuba ler...
Wokeyy.
1 ulasan:
good info broo
Catat Ulasan