Khamis, 11 April 2013

GYM...

GYM?? Memula nak jejak kaki ke gym..banyak malu oiii .. Pak Cik nie dah le besau.. macam tak sesuai je nak pi gym.(aku le tu) .har har har.

Apa yang ada dalam gym?? Memula tentu mesin belari dia yang beribu2 hinggat kalau nak beli tu le... dan satu lagi basikal yg kayuh tapi tak jalan...har har har.
GYM di tempat saya RM5.00 sekali masuk..


Memula saya jejakkan kaki di gym.. buat muka tebal jer.. Nak start mesin berlari tu pun tak tahu woiii.. Bila dah tahu sikit.. mula buat target. Kalau kita ke gym..jangan main hentam semua barang dalam tu der.. Usik nie sikit..usik ni sikit..lepas tu tayang body depan cermin.. Rambo le konon har har har. Ramai aku tengok budak2 muda bukan main bergaya dia depan cermin.. padahal dia bukan tayang body dia..aku tengok tulang je yang lebih har har har..(Nie kes budak keding nak jadi besau.. saya besau nak kecik)

Ada juga serang dua yang aku tengok dia berjaya wat body dia macam Rambo Junior..Saya tetap dengan tujuan asal.. Nak tingkatkan pembakaran kalori saya pada hari itu.

Target yang saya wajib buat kat GYM ialah..
  • Berlari gunakan treadmill (Mesin berlari setempat) sejauh 2km. Setkan 2km.. tak kira le lari laju ker slow ker..janji 2km.
    treadmill 
  • Buat kayuh basikal setempat tu pulak 20 minit.
  • Pakai kayu mob tu 100 kali  Hayun kiri kanan.
  • Lepas tu baru aku usik sana sini sikit untuk otot tangan dan kaki.
Selalunya saya berada di GYM selama 1 jam aje sehari. Memula saya berjinak dengan GYM, boleh dikatakan setiap hari.. Tetapi bila dah tercapai target nie.. dah mula jarakkan 3 kali seminggu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kira Kalori

Your
Weight
Miles
run
Calories
burned
My Comment

Calorie Counter provided FREE by Hypergurl