Ahad, 21 Julai 2013

Bulan Ramadhan yang sihat.

Kalau kita perhatikan sememangnya tiap-tiap hari ramai orang yang jatuh sakit. Tapi amat ketara terutamanya pada bulan puasa dan hari raya, ramai orang stroke dan sebagainya,kenapa??. Tentunya berpunca dari permakanan. Pada bulan inilah ramai yang akan makan apa saja kerana melayan nafsu terutamanya ketika perut kosong. Macam-macam nak dicubanya.

Jadikan Ramadhan ini bulan untuk kita beramal dan pastikan kita mengawal makanan yang akan kita ambil bila berbuka nanti. Kalau kita berjaya mengawal pemakanan kita dalam bulan puasa ini, inshaAllah anda akan berjaya turunkan berat bandan anda sekurang-kurangnya 5 kilo.

Bolehkah anda mengawal selera anda dikala bazar Ramadhan menyediakan berbagai-bagai juadah berbuka yang power-power. Tepuk dada tanya iman.

Sabtu, 27 April 2013

7 Cara Meningkatkan Metabolisme Badan



1. Kena Kerap Makan

- minimum kena makan 4 kali sehari. Kalo boleh 5 -6 kali pun okeh. Makan pagi, makan pukul 10, makan lunch kul 2, minum petang, makan malam (dinner) dan makan seblum tido (supper). Itu dah total 6x. Kalo kita xmakan @ skip makan @ lambat makan, kadar metabolisma akan turun. Tiap kali kita makan, ia meningkatkan (speed up) kadar metabolisma badan. Sebaliknya kalau tak nak makan, metabolisma pun akan rendah. Jadi teori berdiet iaitu dengan tidak makan @ skip makan adalah sangat2 salah!


2. Makan dalam Jumlah Kecil

- makan dalam jumlah yg kecil tetapi kerap boleh stabilkan kandungan gula/glukos dalam darah, naikkan metabolisma & kekalkan tenaga! Kena makan breakfast saiz paling besar (tapi jangan over berat/banyak sangat) dan last sekali makan 4 jam sebelum tidur (saiz paling kecik!)

3. Pilih Makanan Berkhasiat

- pilih yg berkarbohidrat tetapi tinggi fiber/serat supaya badan tetap bertenaga. Jugak kena makan saplemen berkhasiat & menyihatkan macam vitamin2, mineral dan lain2 nutrisi yg badan perlukan sehari2. Kajian juga menunjukkan kita kena makan protin yang berkualiti untuk membina otot2 bagi membakar lemak! Jadi banyakkan juga mengambil makanan tinggi protin & rendah lemak.

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan
Diet sihat
Oleh:Editorial Rapi
Di petik dari Majalah Rapi

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kira Kalori

Your
Weight
Miles
run
Calories
burned
My Comment

Calorie Counter provided FREE by Hypergurl